PBB digesa tubuh tribunal jenayah perang Israel
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengusulkan kepada Dewan Rakyat supaya Malaysia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke
atas Palestin.
Perda
na Menteri yang mengusulkan perkara itu dalam sidang khas Parlimen mengenai Gaza juga mengusulkan kepada dewan mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua dewan perundangan dan parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.
Ketika berucap mencadangkan usul-usul ini mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) di Dewan Rakyat di bawah "Mengecam Serangan Rejim Zionis Israel ke atas Wilayah Gaza", Abdullah berkata pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda tanpa sebarang timbang rasa yang sedang dilakukan oleh Israel di wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh dunia kerana ia melibatkan isu pencabulan undang-undang antarabangsa.
"Bahawa serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia,
undang-undang kemanusian antarabangsa, piagam PBB serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Perlindungan Orang-orang Awam dalam Masa Perang," katanya.
Abdullah juga turut mengemukakan kepada Dewan untuk menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan
senjata itu.
Baca berita penuh

