Kecederaan kaki yang dialami P Uthayakumar - pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA - semakin teruk, kata tunangnya, S Indradevi, yang membuat laporan polis bagi pihaknya di balai polis Brickfields pagi ini.

p uthayakumar sedition trial 030209 01 Indradevi yang melawat Uthayakumar semalam di Kem Tahanan Kamunting dekat Taiping, berkata bengkak pada kaki kirinya, yang dipercayai kerana keretakan pada ibu jari, semakin teruk dan mungkin telah dijangkiti kuman.

Uthayakumar adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA ekoran peranan mereka dalam protes besar-besaran terhadap kerajaan pada hujung tahun 2007.

Ketika melawatnya, Indradevi difahamkan Uthayakumar telah mengadu sakit dan kemudiannya dibawa ke Hospital Taiping Khamis lalu untuk mendapatkan rawatan.

Tidak beri ubat

"Doktor yang memeriksa Uthaya menjelaskan bahawa ibu kakinya dijangkiti kuman tetapi tidak X-ray kakinya.

uthayakumar_toe_06022009 "Sebaliknya doktor meminta pihak berkuasa yang membawa Uthaya supaya membawanya semula pada hari berikutnya untuk rawatan," kata Indradevi kepada Malaysiakini .

Menurutnya lagi, doktor juga berkata beliau akan merujuk Uthaya kepada pakar ortopedik tetapi walaupun dia menunggu pihak berkuasa penjara untuk membawanya ke hospital, tetapi tiada seorangpun yang datang.

Menurut laporan polisnya, Uthaya tidak ditunjukkan laporan perubatannya atau diberi ubat untuk menghilang sakit dan bengkak pada kakinya.