Penyokong dan rakan-rakan pemimpin Hindraf P Uthayakumar yang ditahan di bawah ISA memberi amaran bahawa pihak berkuasa akan berdepan dengan demonstrasi jalanan sekiranya beliau tidak diberi rawatan kesihatan sewajarnya.

uthayakumar sedition trial 201008

"Jika apa-apa berlaku kepada Uthayakumar, kaum India di Malaysia tidak akan berdiam diri. Kita akan berjuang (supaya beliau diberi rawatan)," kata ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Sebagai permulaannya, Manikavasagam berkata, sekiranya Uthayakumar tidak mendapat rawatan sewajarnya dalam tempoh seminggu, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa pada 28 Februari ini.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar, yang mengidap kencing manis, mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Menurut tunang S Indra Devi, bengkak di kaki Uthayakumar semakin teruk setiap hari dan beliau bimbang kakinya mungkin terpaksa dipotong.

Baca berita penuh