Ali Shariati dikenang bukan kerana dia seorang politikus hebat, bukan juga kerana seorang ahli pidato yang memukau, malah tentu sekali bukan juga kerana dia seorang ahli akademik di Universiti Mashhad.
Lebih dari itu semua, Shariati dikenang kerana ia merupakan simbol serta wajah idealog yang sukses merangsang kebangkitan rakyat Iran, merentasi mana-mana ruang pengaruh yang ada, hinggakan potretnya gagah berdiri sejajar dengan potret Ayatollah Ruhollah Khomeini ketika memuncaknya revolusi tersebut.
