'Berkarat' di Ipoh
Diterbitkan: May 16, 2017 12:35 PM | Dikemas kini: May 16, 2017 12:37 PM
Di mana hendak cari tepak sirih pada tahun 2017? Mujur di Memory Lane atau lebih dikenali sebagai “pasar karat” dan “loken” Ipoh, masih ada.
Tempat ini sejak sekian lama telah menjadi tumpuan pemburu barang-barang terpakai dan antik yang sanggup datang dari sejauh Kuala Lumpur.
Terletak di Jalan Horley, pasar ini menawarkan pelbagai jenis barangan dengan harga berpatutan daripada wang lama, setem, kepadabarang elektronik sehinggalah alat ganti trak dan lori.
Pasar ini bagaimanapun hanya dibuka pada setiap Ahad.

