Apabila penoreh turun bendang
Published: Oct 25, 2017 6:14 PM | Updated: Oct 25, 2017 6:34 PM
Penoreh getah, Abu Khalifah Hashim, 74 dari Pendang, Kedah menangkap ikan menggunakan elektrik sebagai pekerjaan keduanya bagi menampung kehidupan seharian keluarganya.
Bapa kepada 11 orang cahaya mata itu berkata, harga getah yang jatuh sehingga RM2.15 sekilogram menyukarkannya untuk menyara keluarga.
Rutin harian Abu Khalifah bermula seawal jam 4 pagi untuk menoreh getah dan selepas selesai membersihkan kebunnya, beliau akan pergi ke bendang untuk menangkap ikan bagi makanan tengahari.
Menjelang Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada hari Jumaat ini, Abu Khalifah berharap sesuatu akan dilakukan bagi menstabilkan harga getah.
View Comments0


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.