thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Semangat Bajet 2018

Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini menarik perhatian ramai kerana merupakan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Najib dilaporkan memberitahu belanjawan kali ini adalah bajet inklusif yang mengambil kira kepentingan rakyat dan semua lapisan masyarakat.

Perancangan kewangan tahunan itu juga menandakan tahun kesembilan pentadbiran Najib yang selama tempoh itu menyaksikan beberapa perubahan dalam landskap politik negara.

BN dikatakan bakal berdepan persaingan sengit dalam PRU ke-14 ekoran penubuhan pakatan pembangkang yang kini diterajui oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.