Memperkenalkan Ordem 3 - bola rasmi yang akan digunakan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Diberi nama Ordem 3, pengeluarnya Nike Inc menyatakan, bola tersebut adalah ciptaan terbaik yang pernah direka syarikat berkenaan.

Ordem 3 akan digunakan bagi semua perlawanan EPL sepanjang  musim 2015/2016.

Sky Sport melaporkan, antara ciri istimewa Ordem 3 ialah ketepatan dalam hantaran lambung dan daya sentuhan yang konsisten.

Ia juga, kata Nike, membolehkan darjah penglihatan maksimum ketika permainan berlangsung.

Ordem 3 hadir dengan gabungan empat warna iaitu merah jambu, hijau muda dan merah yang digabung dengan dengan putih sebagai warna latar belakang.

Ordem 3 juga akan digunakan pada perlawanan Serie A di Itali dan La Liga (Sepanyol).

Bagaimanapun, bola bagi setiap liga akan mempunyai skema warna yang tersendiri.