Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Nampaknya tindakan membakar suar dan mercun sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan Malaysia - Arab Saudi belum mencukupi bagi peminat bola sepak negara.

Sejurus selepas insiden itu, pengguna media sosial menjadikan Twitter sebagai medan melepaskan geram kepada FAM.

Maka, hashtag #FAMBANGSAT menjadi trending .

Rata-rata pengguna laman sosial itu terus mengutuk badan induk bola sepak Malaysia ekoran prestasi pasukan negara yang semakin merosot dari semasa ke semasa.

Ketika sesetengah pihak mengecam tindakan pihak yang mengganggu perjalanan perlawanan malam tadi, sebahagian yang lain nampak menyokong - atau setidaknya memahami - mengapa ia terjadi.

Selain kritikan secara langsung ramai juga pengguna Twitter memilih kaedah menyindir sambil menggunakan hastag berkenaan.

Pemilik akaun Twitter @TheLarats misalnya berkata: "31 tahun berada di takuk tu je, dan makin menjunam, sapa tak marah? #FAMBANGSAT."

@daniel_rafid: "Ultras Malaya dah muncul!! #31TahunFAMMAsihTidur #FamBANGSAT,"

@regimentsgbuloh: "Ini maruah negara bro. #FAMBANGSAT."

Siapa dengar chants #fambangsat tadi dekat stadium kasi like sket.

— Harimau Malaya (@harimaumalaya7) September 8, 2015

Asap Oren Boleh Hilang, Api Merah Boleh Padam, Kalah 10-0, Kekal Selamanya Dalam Sejarah Hitam. #FAMBangsat ... http://t.co/sddxS2oBB9

— Selangor Ultras (@ultraSel_) September 8, 2015

Bertabahlah abam abam bola sekalian. Nah bahu, I'll be your crying shoulder.🙊 #FAMBangsat #FAMHasToGo

— Tyra Hanim (@TheTyra) September 8, 2015

Memang @ultrasmalaya07 nak gasak FAM. Takkan nak berpantun, nak bawa sirih junjung pergi stadium? #FAMBangsat

— Radio Bangsar Utama (@R_Bangsar_Utama) September 8, 2015

WELCOME TO HELL!!! #FAMBANGSAT pic.twitter.com/LE0vOiMa4i

— Zaini Selamat. (@AsyrafRosdy) September 8, 2015

Goodjob @ultrasmalaya07 di shah alam td . Respect korangg. Berani demi kemajuan. #FAMBANGSAT

— Nadim (@izzuannn) September 8, 2015

Cun lah UM malam ni. Kalau orang orang tu tak faham bahasa jugak. Tak taulah 👌 #FAMBANGSAT

— Woodyinho (@AmirulFahmiii) September 8, 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS