Arsenal atasi Real Madrid keuntungan tiket musim lalu
Walaupun bukan berstatus kelab terkaya di dunia seperti mana gergasi Sepanyol, Real Madrid, Arsenal ternyata mengaut keuntungan paling besar hasil penjualan tiket.
Deloitte Football Money League melaporkan, hasil jualan tiket perlawanan kelab-kelab Eropah sepanjang musim 2014/2015 memihak kepada skuad The Gunners .
Arsenal yang bermarkas di Stadium Emirates mengaut keuntungan $101.84 juta pound sterling (RM627.35 juta) sepanjang musim lalu.
Madrid pula di tangga kedua dengan hasil keuntungan $100.12 juta pound sterling RM619.40 juta), manakala Barcelona meraih $90.17 juta pound sterling (RM557.84 juta).
Sementara itu, hasil kutipan Arsenal itu buat kali pertamanya mengatasi pesaing tersekat mereka iaitu Chelsea yang sekadar meraih $71.84 juta pound sterling (RM444.44 juta) di Stamford Bridge.
Kejayaan Arsenal itu dilihat hasil pengubahsuaian besar-besaran Stadium Emirates pada tahun 2006. Mereka menghabiskan sekitar 470 juta pound sterling (RM2.9 bilion) termasuk menambah kapasiti muatan daripada 40,000 kepada 60,000 tempat duduk.
Bagi senarai kelab terkaya di dunia, Madrid di posisi teratas dengan nilai kekayaan $444.5 juta pound sterling (RM2.74 bilion). Sementara Arsenal di tangga ketujuh dengan $335 juta pound sterling (RM2.07 bilion).
Senarai 10 kelab terkaya dunia:
1) Real Madrid = RM2.74 bilion
2) Barcelona = RM2.67 bilion

