Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Watson Nyambek kekal pelari terpantas negara
Diterbitkan:  Jan 27, 2016 7:41 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Rekod larian 100 meter kebangsaan ternyata masih kekal milik Watson Nyambek dengan catatan 10.30 saat selepas ia disahkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini.

Keputusan itu diambil selepas badan induk sukan olahraga itu mengadakan mesyuarat tergempar bersama ahli majlis di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Kuala Lumpur petang tadi.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, pihaknya memutuskan untuk tidak mengiktiraf rekod dicatatkan Badrul Hisyam Abdul Manap di Sukan Sekolah-Sekolah Asean di Brunei, November lalu.

"Selepas meneliti empat laporan daripada Persatuan Olahraga Brunei (BAA), Kementerian Pendidikan Malaysia, Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) dan laporan daripada jawatankuasa teknikal KOM, catatan Badrul itu tidak memenuhi spesifikasi IAAF.

"Ia menyebabkan KOM terpaksa menarik balik catatan rekod itu," katanya seperti dilaporkan Harian Metro .

November lalu, Badrul membuat kejutan apabila melakarkan masa larian 10.29 saat untuk 'memadamkan' rekod 17 tahun milik Watson.

Sementara itu, BAA mengakui melakukan kesilapan apabila meletakkan alat pengukur angin di tempat yang salah menyebabkan rekod tersebut dipertikaikan.

Lihat Komen
ADS