Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
SPRM minta bukti TMJ, janji tindakan wajar
Diterbitkan:  Jul 19, 2016 6:12 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan penyerahan maklumat berhubung dakwaan rasuah melibatkan FAM.

Kenyataan SPRM itu dikeluarkan susulan dakwaan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau mempunyai 'pendrive' yang mengandungi maklumat berhubung dakwaan rasuah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"SPRM mengalu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya.

"Sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan tersebut.

Tunku Ismail semalam mendakwa berlaku amalan rasuah berpanjangan dalam FAM, sehingga 30 tahun.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin semalam enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan TMJ memiliki maklumat berkaitan aktiviti rasuah melibatkan badan induk bola sepak negara itu.

Pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, beliau berkata akan menghubungi TMJ berhubung isu itu.

Lihat Komen
ADS