Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Menteri cadang, tapi TMJ tolak jawatan presiden FAM
Diterbitkan:  Aug 5, 2016 6:33 PM
Dikemaskini: 10:40 AM

Menteri Beliau dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan Tunku Mahkota Johor untuk mengambil alih jawatan presiden FAM, dedah Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolak mengambil alih jawatan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah kerana sudah memiliki kelab sendiri, iaitu JDT.

“Saya tidak bersetuju untuk menjadi presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT. Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya,” katanya.

“Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian.”

Beliau juga menegaskan presiden FAM tidak sepatutnya datang dari golongan keluarga diraja atau mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian.

“Beliau juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab-kelab yang mengambil bahagian.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih,” katanya.

Lihat Komen
ADS