Rosmah utus semangat kepada beregu negara
Beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong mendapat suntikan semangat menjelang final apabila menerima surat ucapan tahniah
dan syabas daripada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Sukan Olimpik Rio di Brazil pada Rabu.
Selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia, beliau bersama Datuk Seri Najib Tun Razak serta keluarga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua pemain itu yang berjaya menempah tempat ke final.
V Shem-Wee Kiong akan menentang beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan pada perlawanan merebut pingat emas di Pavilion 4, Riocentro di Rio De Janeiro, Jumaat.
Selain beregu tersebut, Rosmah turut mengutuskan surat kepada beregu
campuran negara, Chan Peng Soon and Goh Liu Ying yang berjaya merangkul pingat perak.
"Buktikanlah kepada dunia akan kemampuan yang ada pada diri saudara dan teruskan menyuntik semangat 'Malaysia Boleh'," demikian petikan surat tersebut.
Chef-de-mission Tan Sri Muhamad Al Amin Abdul Majid menyampaikan surat berkenaan kepada kedua-kedua beregu berkenaan di Perkampungan Sukan di Rio De Janeiro.
-Bernama

