Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Belia dan Sukan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan dakwaan rasuah berkaitan FAM selepas siasatan selesai.

“Saya cadangkan kepada SPRM, kerana ia sudah jadi isu melibatkan kepentingan awam, kandungan 'pendrive' ini hendaklah diumumkan.

“Selepas siasatan selesai, mungkin kandungannya boleh diumumkan,” kata Khairy kepada pemberita selepas menyerahkan dakwaan itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini.

Dakwaan rasuah 30 tahun pentadbir bola sepak negara yang terkandung dalam 'pendrive' itu diterimanya daripada Tunku Mahkota Johor.

Khary bagaimanapun berkata terpulanglah kepada badan antirasuah itu untuk menyiasat dan memutuskan sama ada terdapat bukti-bukti berkaitan dakwaan itu.

 

Lihat Komen
ADS