Misteri kepincangan LPT, MRR2 hantui Samy
"Itu tuhan Allah punya kerja" Demikian komen Tan Sri Lim Goh Tong apabila berlaku tanah runtuh di jalan susur ke Genting Highland berhampiran terowong di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak beberapa tahun lalu.
Kini, kita menerima ulasan yang sama. Kali ini daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu. Beliau menegaskan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Gua Tempurung, Perak adalah takdir. Katanya ia bukan kesalahan mana-mana manusia!
Memang benar apa yang dinyatakan oelh Lim Goh Tong dan Samy Vellu itu. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan manusia. Ia satu bencana alam. Walau sekerap mana pemantauan dilakukan di cerun-cerun di sepanjang jalan raya dan lebuhraya di negara ini, takdir sentiasa mengatasi kecanggihan akal dan teknologi.
Namun itu bagi kes kejadian tanah runtuh. Bagaimana dengan kepincangan yang berlaku dalam projek-projek kerajaan yang lain seperti permukaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), bangunan hospital yang berkulat dan keretakan pada tiang jejambat di lebuhraya MRR2?
Adakah ini juga sudah ditakdirkan? Apakah ia juga kerja tuhan Allah sebagaimana kata Lim Goh Tong?

Kita tidak mahu mana-mana pihak cuba mengalih perhatian kepada bencana dekat Gua Tempurung sedangkan ada masalah yang lebih serius ini MRR2 dan LPT. Kepincangan di dua lebuhraya itu jauh lebih membimbangkan kerana ia bukan sahaja membabitkan kredibiliti kepakaran teknikal para kontraktornya, malah kewibawaan akhlak semua pihak yang menjayakan projek tersebut.
Jurutera perunding
Keretakan pada 31 daripada 33 tiang di jejambat MRR2 adalah suatu yang amat pelik. Begitu juga dengan keadaan permukaan jalan yang tidak selamat di bahagian tertentu LPT. Pelik bin ajaib, bingung memikirkannya bagaimana pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya, Institut Kejuruteraan Kerja Raya (Ikram) dan para jurutera perunding yang mengendalikan kedua-dua projek besar ini boleh " terlepas pandang" ketika meluluskan projek-projek tersebut.
Apabila memikirkan begitu banyak pihak terbabit dalam pembinaan projek-projek itu, memang wajar Samy Velllu mengatakan dirinya tidak bersalah. Mustahil bagi seorang menteri yang "bertapa" di Kuala Lumpur, dapat memeriksa setiap inci projek-projek berkenaan.
Samu Vellu, hanya seorang pembuat dasar, bukan pembancuh simen atau jurutera yang menentukan tinggi rendahnya jalan dan jambatan berkenaan. Oleh itu dalam ketidakpuasan hati dan kemarahan terhadap beliau, kita perlu jugalah berlaku adil kepadanya.
Namun begitu Presiden MIC itu perlu ingat, sekarang ini rakyat bukannya menuduh beliau menjadi punca keretakan atau tanah runtuh, tetapi rakyat mahu beliau bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan di kementeriannya.
Ahli-ahli Parlimen mendesak beliau meletakkan jawatan kerana mereka berpendapat Samy Vellu gagal mengatasi kelemahan yang semakin ketara di kementeriannya. Beliau sudah lebih 20 tahun menerajui kementerian itu, maka ada ahli-ahli Dewan Rakyat merasakan sudah tiba masanya kementerian tersebut diberi nafas, tenaga dan imej baru!
Kita biasa mendengar di negara lain para menteri atau pemimpinnya memegang budaya akauntibiliti yang tinggi. Mereka akan meletak jawatan apabila berlaku musibah atau kepincangan yang membabitkan kementerian atau parti masing-masing.
Siasatan BPR
Malah di India beberapa tahun lalu seorang Menteri Pengangkutannya meletakkan jawatan semata-mata kerana dua buah keretapi berlanggar. Beliau berasa bertanggungjawab dan malu terhadap tragedi tersebut. Malangnya di Malaysia sikap itu belum lagi menjadi amalan. Pemimpin di negara ini sanggup mati di pejabat!
Dan bagi Samy Vellu, sebagaimana biasa, beliau terus bernasib baik. Kali ini beliau terlepas daripada tekanan ahli-ahli parlimen itu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membelanya.
Namun isu ini masih belum berakhir. Perang mulut antara Samy Vellu dengan ahli-ahli parlimen dijangka meletus lagi apabila beliau menjawab segala tuduhan terhadapnya di sidang parlimen akan datang.
Dan yang pastinya kes ini tidak ditutup begitu sahaja. Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru sahaja memulakan siasatan ke atas kepincangan di LPT. Begitu juga siasatan sedang dijalankan ke atas skandal MRR2.
Cuma kita berharap siasatan itu bukan sekadar satu formaliti. Siasatan ke atas keretakan tiang jejambat MRR2 sudah dua bulan berlangsung. Rakyat menunggu hasilnya. Adakah sudah selesai siasatan itu atau masih diteruskan? Kalau sudah selesai rakyat mahukan jawapannya.
Diharapkan siasatan BPR itu dapat membongkar segala misteri di sebalik keretakkan tiang-tiang berkenaan. Adakah ia retak kerana "dahagakan kepala manusia" atau kerana pembinaannya tidak mengikut piawaian? Kalau tidak betul piawaiannya, mengapa terjadi begitu? Kita mahu jawapan yang benar dan telus.
Pelbagai masalah
Jangan jadikan siasatan skandal LPT dan MRR2 ini seperti skandal Perwaja yang mengambil masa begitu lama untuk diselesaikan. Selepas bertukar Perdana Menteri baru Tan Seri Eric Chia dihadapkan ke mahkamah.
Semoga tiada sebarang "cover-up" pada zaman Islam Hadhari yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini! Bagi Samy Vellu pula beliau sepatutnya gembira dan bersyukur kerana BRP telah campurtangan dalam projek itu. Hasil siasatan BPR itu akan menentukan siapa yang benar dan siapa bersalah. Ini adalah peluang terbaik bagi Samy Vellu membersihkan arang yang terconteng ke mukanya.
Sebenarnya kepincangan yang berlaku pada projek LPT, MRR2 dan bangunan hospital di Johor Baru itu hanya ibarat setitis air di lautan bagi pelbagai lagi masalah dalam projek-projek kerajaan.
Sebelum ini kita telah melihat bagaimana bumbung bangunan di Pularek, Johor roboh. Kita telah saksikan bagaimanapun struktur makmal komputer retak dan roboh. Baru-baru ini ada dua bangunan sekolah di Langkawi terbiar tidak dapat digunakan kerana tidak mendapat CF. Projek jalanraya Cameron Hingland-Lojing pula telah menunjukkan tanda-tanda bermasalah.
Oleh itu memang sepatutnyalah Perdana Menteri berasa kecewa. Dan nampaknya bukan Samy Vellu sahaja perlu didesak meletakkan jawatan kerana kementerian lain juga menghadapi masalah yang sama!