Ketika saya membaca laporan tentang Tun Dr Mahathir Mohamad kebelakangan ini, saya tiba-tiba menyedari bahawa jiwa saya telah diresapi oleh satu perasaan. Sebenarnya, perasaan yang ada dalam hati saya ini adalah perasaan yang 'hitam'. Dari kitab-kitab suci yang pernah saya baca, perasaan 'hitam' ini tidak seharusnya wujud dalam roh saya.
Al-Quran melarang manusia memiliki perasaan ini. Kitab suci Gautama Buddha banyak memperkatakan bagaimana insan wajib melawan perasaan hitam ini. Malah sama seperti ajaran Sufi, Sidarhata juga mengajukan pelbagai bentuk cara � dari zikir, bermeditasi, bernafas dan pergerakan badan � agar perasaan hitam ini lupus.