Khairy liabiliti Perdana Menteri
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kalau dirinya menjadi liabiliti kepada Umno, dia bersedia mengundurkan diri. Nampaknya menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu sedar situasi yang dihadapinya amat rumit dan kesannya terhadap Umno, kerajaan dan bapa mertuanya amat besar.
'Tohmahan dan fitnah' (istilah KJ) yang dilemparkan kepadanya bukan sekadar masalah peribadi seperti berkahwin lagi dengan pelakon dan pengacara popular Maya Karin, malah ada lapan isu lain terpaksa dijawabnya secara terbuka.
Lebih teruk lagi apabila tuduhan-tuduhan itu turut datang dari Dr Mahathir, yang kini merupakan musuh politik ketat Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri itu sudahpun secara terbuka mendesak Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri kerana menjual negara.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kalau dirinya menjadi liabiliti kepada Umno, dia bersedia mengundurkan diri. Nampaknya menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu sedar situasi yang dihadapinya amat rumit dan kesannya terhadap Umno, kerajaan dan bapa mertuanya amat besar.
'Tohmahan dan fitnah' (istilah KJ) yang dilemparkan kepadanya bukan sekadar masalah peribadi seperti berkahwin lagi dengan pelakon dan pengacara popular Maya Karin, malah ada lapan isu lain terpaksa dijawabnya secara terbuka.
Lebih teruk lagi apabila tuduhan-tuduhan itu turut datang dari Dr Mahathir, yang kini merupakan musuh politik ketat Perdana Menteri. Bekas Perdana Menteri itu sudahpun secara terbuka mendesak Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri kerana menjual negara.
Lapan dakwaan bukan mudah untuk dijawab, terutamanya mengenai dakwaan beliau sering menelefon menteri-menteri besar untuk memberi arahan atau campurtangan dalam urusan pentadbiran, dan dakwaan dia mempunyai kuasa mempengaruhi keputusan kerajaan, termasuk penjualan MV Augusta dengan harga satu Euro dan penjualan Pantai Holdings kepada syarikat Singapura.
KJ juga dihadapkan dengan persoalan bagaimana beliau menjadi jutawan dalam masa yang singkat sehingga mampu membeli saham ECM-Libra Berhad, serta isu penggabungan ECM-Libra dengan Avenue Asset yang dianggap menyalahi peraturan.
Komen Dr Mahathir mengenai jawapan KJ tentang lapan perkara terbabit patut diperhatikan. Saya rasa ia amat wajar dan menyakinkan. Permintaan Dr Mahathir supaya didedahkan siapa dan mengapa ada 'kawan-kawan' yang sudi memberi pinjaman hingga RM9 juta kepada KJ untuk membeli saham ECM-Libra itu, amat relevan.
Dr Mahathir telah menimbulkan bagaimana kalau ada di kalangan anggota Pemuda Umno hendak meminjam RM9 juta untuk membeli saham ECM-Libra, bolehkah mereka juga diberikan pinjaman tersebut?
Dr Mahathir juga melahirkan kehairanannya terhadap tindakan KJ menjawab soal MV Agusta. "Apa kena mengena dengan dia, saya tanya Proton, apa pasal dia jawab, kenapa dia jawab suruhlah Azlan (Pengerusi Proton)".
Menurut beliau, tindakan KJ menjawab isu MV Agusta itu seolah-olah satu pengakuan bahawa dia yang mengeluarkan arahan itu.
Pesepsi negatif
Nampaknya penjelasan KJ yang disusuli pula dengan penjelasan Abdullah Isnin lalu, masih gagal mengubah persepsi orang ramai bahawa KJ amat berpengaruh dalam penggubalan dasar dan pentadbiran kerajaan serta kemungkinan beliau menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan peribadi.
Kini faktor KJ bukan saja menjadi liabiliti kepada Umno, turut membebankan Perdana Menteri dalam pertarungan hidup matinya dengan Dr Mahathir.
Jika KJ betul-betul bijak seperti yang diwar-warkan, dia tentu sedar dirinya memang sudah menjadi liabiliti kepada Umno khasnya kepada Perdana Menteri, kerana persepsi negatif terhadapnya sukar dilenyapkan. Justeru dia patut meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda tanpa ragu-ragu lagi.
Tidak dapat dinafikan, persepsi KJ amat berkuasa dan mampu mempengaruhi dasar kerajaan serta sering memberi arahan kepada menteri dan menteri besar telah memalukan Perdana Menteri khasnya dan seluruh pimpinan Umno amnya.
Persepsi bahawa dia bercita-cita tinggi mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang termuda dan jika perlu akan cuba membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Umno, telah menjadikan dirinya batu rintangan kepada pemimpin kanan Umno lain yang kini menunggu giliran untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden parti.
Tanggapan KJ menggunakan kedudukan istimewa dan pengaruhnya dalam kerajaan untuk mencapai kepentingan peribadi telahpun mencemari dasar antirasuah kerajaan dan imej bersih Perdana Menteri.
Dalam wawancara khas Perdana Menteri dengan Pengerusi Bernama, Datuk Mohd. Annuar Zaini misalnya di TV3 malam Isnin lalu jelas ada percubaan untuk membersihkan segala tanggapan negatif terhadap KJ dan Abdullah.
Abdullah telah menjawab keraguan terhadap keadilan agihan 880 projek bernilai RM15 bilion yang diumumkannya bulan lalu.
Perdana Menteri menafikan khabar-khabar angin yang mengatakan projek-projek berkenaan sebenarnya telah diperuntukkan kerpada orang tertentu walaupun dibuat secara tender terbuka.
Dalam wawancara itu, di samping isu KJ, penglibatan Kamaluddin Abdullah, anak Perdana Menteri dalam dunia perniagaan dan dakwaan beliau menyalahgunakan hubungan dengan Perdana Menteri, juga dibangkitkan. Khabar angin kononnya projek monorel Pulau Pinang telah dikhaskan untuk Kamaluddin juga disebut.
Bila ditanya tentang bagaimana prinsip garispanduan untuk memisahkan antara hubungan kekeluargaan, hubungan Presiden parti dengan seorang Naib Ketua Pemuda dan hubungan Menteri Kewangan atau Perdana Menteri dengan anak menantunya, Abdullah gagal memberi suatu garispanduan yang jelas dan tegas, yang dapat menjamin unsur kekeluargaan tidak akan memainkan sebarang peranan dalam agihan peluang dan kepentingan.
Justeru, jika KJ enggan berundur sebagai tindakan untuk memerangi segala persepsi negatif yang sudah terbentuk, sama ada berasas atau tidak berasas, kehadirannya dalam parti akan menjadi bukti baru yang memperkuatkan lagi persepsi-persepsi negatif terhadapnya. Jika begitu senarionya, terbuktilah KJ bukan saja liabiliti bagi Umno, lebih parah lagi menjadi liabiliti kepada Perdana Menteri!
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.