Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aishah: Siapa mahu PM baru?
Diterbitkan:  Jul 8, 2015 3:12 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Bekas penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah tanpa berselindung menggesa mengkritik Datin Seri Rosmah Mansor supaya "meletak jawatan" dan "pakai kasut sendiri" dalam status terbarunya di Facebook hari ini.

Beliau yang pernah diturunkan sebagai calon PAS di Jempol dalam pilihan raya umum lalu berkata, sebelum ini seorang pakar motivasi menulis mengenai 23 peratus wanita ingin membeli barang kemas dan bermacam-macam lagi.

Kata Aishah, mungkin kajian yang perlu dilakukan ketika ini ialah peratusan penduduk Malaysia yang mahukan perdana menteri baru menjelang Aidilfitri yang akan tiba kurang dari dua minggu lagi.

"Rosmah sila letak jawatan dan pakai kasut sendiri,” tulisnya.

Aishah pernah bergiat aktif dalam politik sehinggalah beliau diketepikan bersama ramai pemimpin progresif PAS oleh perwakilan muktamar parti itu awal bulan lalu.

“Mungkin sekarang ini dia patut kaji berapa peratus penduduk Malaysia yang nakkan PM baru untuk hari raya. Rosmah sila letak jawatan dan pakai kasut sendiri,” tulisnya.

Walaupun Rosmah tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, kenyataan Aishah itu lebih dilihat bersifat sindiran.

Ia juga merujuk kepada insiden berlaku di Shah Alam beberapa hari lalu.

Lihat Komen
ADS