Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Tuhan beri masalah, Niki selesaikan'
Diterbitkan:  Jan 17, 2016 3:48 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Nikita Mirzani menunjukkan iltizam yang tinggi ketika ditanya mengenai pembabitannya dalam rangkaian pelacuran kelas atasan.

Di sebalik pelbagai bukti dan keterangan yang ada pelakon Lihat Boleh Pegang Jangan itu tetap menafikan dia berurus niaga untuk perkhidmatan seks kepada lelaki hidung belang.

Malah, ketika diingatkan polis bahawa dia boleh didakwa memberi keterangan palsu, Nikita sebaliknya menjawab - dengan gaya menggoda: "Mau dinaiki (ke mahkamah)? Niki mau dinaiki? Terserahlah, saya mahu uruskan apa yang perlu diurus."

Nikita dan bekas peserta ratu cantik Miss Indonesia 2014, Puty Revita ( gambar ), ditangkap polis di sebuah hotel mewah di Jakarta pada 10 Disember lalu.

Kedua-dua mereka dilaporkan ditangkap tanpa pakaian dan bersedia melayan pelanggan masing-masing yang sebenarnya anggota polis menyamar.

Setakat ini Nikita dan Puty belum didakwa, manakala dua lelaki lain yang disyaki bapa ayam sedang ditahan untuk disiasat.

Beberapa hari lalu pegawai kanan bahagian pendakwaan polis Indonesia membayangkan status Nikita mungkin 'dinaikkan' sebagai suspek jika selebriti itu terus dengan penafiannya.

Ketika ditemui media tempatan semalam, Nikita dilaporkan bersahaja menjawab pertanyaan.

Katanya, dia akan bercakap seadanya dan mengikut apa yang dirasakan betul.

"Tuhan memberikan masalah selama saya hidup dan saya akan selesaikan," katanya.

Lihat Komen
ADS