Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Tinggal kira-kira sebulan lagi sebelum tarikh dijangka melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Nad Zainal mengakui perasaannya ketika ini semakin berdebar-debar.

Ketika berkongsi perasaan di hadapan media, Nad kelihatan cukup bertenaga walaupun perut kian membesar.

Namun, dia juga seperti mana-mana ibu mengandung yang julung kali bakal melahirkan anak, tidak lari daripada dihimpit rasa takut untuk bersalin.

“Saya banyak mendengar daripada kawan-kawan yang bercerita mengenai pengalaman masing-masing.

“Nampak gayanya, lebih banyak kisah menakutkan daripada gembira, apa pun diharap saya dapat bersalin secara normal,” katanya.

Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, ditemui pada majlis tayangan perdana Juvana 3:Perhitungan Terakhir di Petaling Jaya, semalam.

Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin, 28, pada 18 Disember lalu di Shah Alam dalam sebuah majlis tertutup berkonsepkan ala tradisional.

Pelakon teater Maduku Kalut itu dimaklumkan oleh doktor bakal menimang anak sulung lelaki selepas melakukan imbasan kira-kira lima bulan lalu.

Katanya, dia dijangka bersalin pada 22 Oktober depan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Tengku Azizah Kuala Lumpur.

Sebagai persediaan, Nad dan suami terlebih dahulu sudah membincangkan nama anak mereka.

Menurut Nad, perkara utama dalam memilih nama anak ia mestilah mempunyai ciri-ciri Melayu dan Islam serta membawa makna yang baik.

“Untuk nama anak nanti, yang penting pangkalnya mesti bermula dari huruf F berdasarkan nama saya dan suami.

“Kami tiada masalah untuk berbincang perkara itu malah senang mencapai kata persetujuan," katanya.

 

 

 

 

 

Lihat Komen
ADS