Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada berita yang disiarkan dalam ruangan malaysiakini.com bertarikh 25 Jun 2009 berhubung dengan perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa syarikat Bulkers Corporation Sdn. Bhd yang melaksanakan projek Jalan Telok Kumbar Ke Pekan Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang telah pun ditamatkan perkhidmatannya secara persetujuan bersama (mutual termination) pada 8 Oktober 2008. Berikutan daripada itu, Jabatan Kerja Raya telah melantik syarikat Sarahon Contruction Sdn. Bhd. untuk mengambilalih perlaksanaan projek berkenaan.
3. Untuk makluman tuan, pada masa ini kerja pembinaan jalan tersebut sedang dijalankan dan tarikh dijangka siap adalah pada 23 November 2010.
Sekian,terima kasih.
Penulis adalah pegawai perhubungan awam kementerian kerjaraya.
