LANGSUNG | Najib pulang ke rumah: Hari terakhir Loke sebagai menteri?
Bekas perdana menteri Najib Razak sudah melunaskan bayaran denda RM50 juta dalam kes SRC International.
Dia dijangka pulang ke rumah untuk menjalani tahanan rumah hari ini.
Malaysiakini membawakan perkembangan terkini secara langsung.
/file/attachments/orphans/media13_961482.png)
1.30 petang: Bekas wakil rakyat DAP Tony Pua menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit inisiatif kutipan dana awam yang digerakkan Umno untuk membayar denda RM50 juta Najib.
Dalam hantaran di Facebook, Pua berkata audit itu perlu bagi memastikan dana yang dikumpulkan sah dan “tidak melalui proses pengubahan wang haram”.
Sambil menegaskan dana itu boleh digunakan untuk membantu rakyat biasa berbanding “membebaskan orang paling korup di Malaysia”, Pua berkata sudah tiba masanya rakyat “sekali lagi melihat wajah sebenar Umno/BN”.
/file/attachments/orphans/najib23121_480507.png)
1.25 tengah hari: Peguam Najib, Farhan Shafee berkata selepas denda itu dibayar, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan rumah selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan.
Perintah itu sedang dihantar ke Penjara Kajang bagi membolehkan Najib dipindahkan pulang ke rumah.
Katanya, dia menjangkakan proses itu selesai hari ini.

1.05 tengah hari: Dengan pembebasan bekas perdana menteri Najib Razak dari penjara untuk menjalani tahanan di rumah hari ini, maka tempoh khidmat Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebagai menteri pengangkutan juga dijangka berakhir.
Loke mengemukakan peletakan jawatannya pada September lalu sebagai membantah pengampunan yang membolehkan Najib menjalani tahanan rumah.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjaya memujuknya supaya menunggu sehingga Najib dibebaskan dari penjara.
Dia sebelum ini berkata hari Najib pulang ke rumah akan menjadi hari terakhirnya sebagai menteri.
/file/attachments/orphans/najib21312_417517.png)
Polis mula berkawal di rumah Najib
12.50 tengah hari: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bayaran itu dibuat hari ini.
Katanya, denda itu dibayar menggunakan sumbangan yang dikumpulkan Umno.
Peguam Najib, Farhan Shafee, sebelum itu dilihat membuat bayaran di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 12.10 tengah hari.
Sementara itu, polis sudah bersiap siaga di rumah Najib di Langgak Duta, Kuala Lumpur dan mula mengawal akses ke kawasan itu.
/file/1267/099a9fe739315c9c6b3717eed2cb6f5c.jpeg)
12.00 tengah hari: Peguam bekas perdana menteri Najib Razak sudah meninggalkan kaunter bayaran di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Mereka melunaskan denda RM50 juta itu. Terdahulu, pembantu Najib, Ahmad Lutfi Azhar dilihat menuju ke kaunter pendaftaran mahkamah sebelum berjalan ke kaunter bayaran bersama peguam terlibat.
[Berita lanjut menyusul]
Inikah masa depan negara yang rakyat Malaysia inginkan? Seorang penyakau terbesar di sejarah negara ini yang menelan berbillion Ringgit dibenarkan pulang dan masih dianggap sebagai hero. Sungguh memalukan kerana masih ada yang sanggup menderma wang untuk pencuri, perompak, penipu, penyangak dan penyakau. Dia pernah berjasa untuk negara bukan bermaksud dia dapat tiket untuk meringankan hukuman. Anthony Loke letak jawatan pun beliau tak akan kehilangan apa-apa pun kerana apabila penyakau kembali berkuasa, rakyat yang akan kembali hidup susah dan bukannya Anthony Loke. Jadi tak payahlah nak berasa gembira Anthony Loke letak jawatan kerana zaman gelap akan kembali menghantui rakyat Malaysia dan bukannya menghantui Anthony Loke. Sekian.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/najibrazak1_740838.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.