‘Cakaplah!’ – Anwar cabar menteri Umno bersuara dalam kabinet
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencabar menteri yang menyerang kerajaan ketika berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka supaya menyuarakan pandangan mereka dalam mesyuarat kabinet hari ini.
Dia mengingatkan rakan politiknya itu turut memegang jawatan dalam kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri lain.
"Ini kawan-kawan saya dalam kerajaan, masa kempen dia serang. Tapi dalam kerajaan dia ada timbalan perdana menteri, ada menteri itu, menteri ini.
"Kalau ada setuju, tak setuju cakap dalam cabinet besok (hari ini Jumaat) pagi, 9 pagi bikin. 9 sampai 12.30, tiga jam. Cakaplah!" kata perdana menteri semasa majlis makan malam kempen DAP sempena PRN Melaka malam tadi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/af7f0a7f8ab24a5d1cdfd3164a18e3b0.jpg)
Cabaran itu dibuat ketika PH pimpinan Anwar dan gabunan BN-PN bertempur di 23 kerusi dalam pilihan raya Melaka.
Meskipun PH dan BN bekerjasama dalam kerajaan persekutuan namun kerjasama Madani dikatakan retak selepas Umno menegaskan parti itu akan meninggalkan Anwar apabila penggalnya berakhir untuk bersekutu dengan PAS.
Sementara itu, Anwar mengecam parti yang menurutnya menyemai kebencian tetapi tidak mempunyai matlamat jelas selain "tak mahu Cina, tak mahu DAP."
Dia menyifatkan parti sedemikian sebagai hipokrit kerana meraih undi pengundi Cina dan India ketika berkempen, tetapi melaungkan "ketuanan Melayu" selepas menang.
/file/attachments/orphans/hadiawangatmelakastateelectionnomination20261031_465960.png)
Pengerusi PH itu berkata kerajaan pimpinannya berusaha berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Mengambil contoh skandal 1MDB, dia berkata rakyat berbilang kaum, termasuk di Sabah dan Sarawak, sama-sama menanggung hutang syarikat itu.
Melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 29 Okt, Anwar berkata perbezaan pandangan antara kementerian tidak semestinya mencerminkan perpecahan dalam kerajaan.
Jawapan itu menyentuh pertikaian antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), yang diterajui Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai peruntukan projek jalan luar bandar.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/823b18d3c559e08cad16a2a9dd6bcc8e.jpg)
Zahid sebelum ini membangkitkan kelewatan penyaluran peruntukan dan bayaran kepada kontraktor.
MOF pula menjelaskan kekangan pembayaran berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir habis dibelanjakan, selain komitmen dan perbelanjaan projek jalan luar bandar yang melebihi peruntukan tahunan.
Bagaimanapun, Zahid menafikan KKDW berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan.
Anwar, yang juga menteri kewangan, turut meluluskan perbelanjaan tambahan RM500 juta menggunakan penjimatan peruntukan pembangunan kementerian lain bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/fad2eeasdas_203900.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.