Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

1. Menghina Islam adalah satu perbuatan jenayah terkutuk. Selain daripada hujah sebagai satu mekanisme menghadapi pelbagai pihak situasi yang keliru mengenai Islam, tindakan undang - undang juga sangat diperlukan terutama kepada mereka yang bertindak keterlaluan menghina dan mempersendakan agama Islam. Tambahan pula mereka bergerak secara terancang dan sememangnya berniat jahat terhadap Islam dan ummatnya.

azlan 2. Saya merujuk penegasan ini kepada kes penghinaan terhadap Allah, Rasul dan agama Islam yang dilakukan oleh "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" melalui laman blognya. Ia telah mendapat liputan luas seluruh dunia malah banyak pihak telah creat pelbagai laman sosial khas untuk berdepan dengan penghinaan yang melampau ini. Terbaru, satu pendedahan serius mengenai identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini telah dilakukan.

3. Tidak perlu saya butirkan di sini apakah bentuk penghinaan yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini. Semua pihak boleh merujuk kepada blog nya dan dan juga laman facebooknya. Saya yakin perkara ini juga telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa agama negara kita. Cuma, yang masih dinanti ialah tindakan berkesan dari pihak berkuasa bagi menangani jenayah ini.

4. Siasatan rapi juga mesti dilakukan terhadap pendedahan identiti yang telah dilakukan dan jika ia suatu pendedahan yang benar, pihak berkuasa agama mesti mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang telah menghina agama Allah SWT dan telah mencederakan perasaan ribuan juta ummat Islam di seluruh dunia khasnya umat Islam di negara ini.

5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengharapkan satu pendakwaan dikenakan ke atas individu tersebut oleh pihak berkuasa agama seperti JAKIM bagi mewakili seluruh ummat Islam negara ini. Individu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang didedahkan sebagai Adlin binti Abd Jalil perlu disiasat dan diadili segera sebelum ia mencetus kemarahan umat Islam.

6. Kami tegaskan bahawa perkara ini serius dan sekali - kali tidak boleh dipandang ringan apalagi untuk berlepas tangan. Isu ini sudah berlalu terlalu lama dan ummat Islam tidak boleh bersabar lagi. Selaku pihak berkuasa, tindakan segera mesti diambil dan kami menunggu dalam tempoh 10 hari daripada sekarang untuk sebarang tindakan positif dari pihak berkuasa agama terhadap isu ini.

7. Kami kesal apabila mutakhir ini rakyat hanya dimomokkan dengan bahaya komunis yang kononnya cuba dihidupkan kembali sedang komunis hanyalah "hantu" dan igauan yang sengaja dicipta dan dihidupkan untuk mengalih tumpuan kepada isu dan bahaya sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat khasnya umat Islam di negara ini.

8. Bukanlah komunis itu tidak bahaya, tetapi negara kita telah aman dan bebas dari ancaman komunis. Malah saya juga yakin, tiada siapa khasnya dari kalangan umat Islam yang mahu menghidupkan semula fahaman komunisme terutama di zaman ini. Sebaliknya apa yang berlaku ialah rakyat bangkit berjuang untuk menegakkan Islam dan menuntut pemulihan sistem demokrasi.

9. Tanpa tindakan berkesan dan positif dari pihak berkuasa agama terhadap kes penghinaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, Dewan Pemuda PAS Malaysia memberikan komitmen untuk menggerak dan memimpin kebangkitan sejuta umat sehinggalah individu terbabit diambil tindakan dan mereka yang menjadi dalang atau pihak yang melindungi kegiatannya turut diambil tindakan tegas.

10. Saya juga menyeru kepada seluruh umat Islam agar mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang mantap agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda yang cuba untuk meruntuhkan aqidah Islam. Para alim ulama' mesti bersatu dan bangkit mempertahankan aqidah ummat Islam serta memberikan penjelasan serta kemukakan hujah mendepani kekeliruan yang sengaja ditimbulkan terhadap ajaran Islam.

Akhirnya saya menasihati diri saya sendiri, seluruh umat Islam, pemimpin dan ulama' mereka, agar jangan sekali-kali leka dan asyik diselimuti kedinginan penghawa dingin di bilik seminar atau pejabat masing-masing.

Jangan alpa dengan persoalan-persoalan remeh yang hanya membincangkan soal doa mesti tadah tangan atau tidak ?  solat subuh kena baca qunut atau tidak? Jangan hanya memikirkan soal kepentingan politik dan percaturannya sehingga isu melibatkan aqidah umat Islam ini tidak lagi menjadi keutamaan dalam perjuangan mereka. Jangan hanya kerana memikirkan soal survival kuasa sehingga memejamkan mata terhadap isu yang melibatkan masa depan aqidah ummat Islam.

Ingatlah, amanah utama selaku umat Islam, pemimpin dan ulama' mereka ialah memelihara dan menegakkan Islam serta mengurus kehidupan (ekonomi, politik dan sosial) di dunia ini berdasarkan agama yang diwahyukan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta. Justeru, laksanakan amanah tersebut sebelum kita semua dihitung nilai oleh Allah Rabbul Jalil di akhirat kelak.


Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS

ADS