LANGSUNG | Kiraan sedang rancak, debaran kian kuat
LANGSUNG PRN MELAKA | Semua pusat mengundi bakal ditutup. Detik yang ditunggu-tunggu akan pun tiba.
Ikuti laporan langsung Malaysiakini yang membawakan perkembangan terkini proses pengiraan undi dan keputusan di semua 28 kerusi DUN Melaka.
6.30 petang: Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN mendahului di satu kerusi, iaitu Sungai Udang.
PH pula sedang mendahului kiraan di Ayer Keroh. PH diwakili calon DAP
6 petang: Proses pengundian tamat dan keputusan mula diterima secara berperingkat-peringkat
Peratusan keluar mengundi bagi pengundi biasa setakat jam 6 petang - berdasarkan papan pemuka SPR - ialah 70.6 peratus. Bagaimanapun angka akhir mungkin berbeza.
Sementara itu, peratusan keluar mengundi di Kesidang ialah sekitar 65.7 peratus. Kawasan itu sepatutnya menjadi kerusi selamat bagi DAP jika peratusan keluar mengundi lebih tinggi memandangkan 61.5 peratus pengundinya bukan Melayu. Namun kini, persaingan dijangka sengit.
Kerusi lain yang perlu diperhatikan nanti ialah Ayer Keroh dan Bukit Katil. Kedua-duanya berisiko untuk dirampas oleh PN daripada PH.
Menurut anggaran electiondata.my, peratusan keluar mengundi bagi pengundi Cina di seluruh negeri setakat jam 6 petang ialah 58.8 peratus, pengundi India sebanyak 58 peratus, dan pengundi Melayu sebanyak 78.1 peratus.
5.30 petang: - Peratusan keluar mengundi setakat jam 5.20 petang tadi menghampiri 70 peratus, iaitu dalam lingkungan sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 70 hingga 75 peratus.
Ia mengatasi peratusan keluar mengundi PRN 2021, iaitu 65.9 peratus namun masih di bawah peratusan akhir semasa PRU ke-15 yang mencatatkan 79.2 peratus.
Walaupun angka keseluruhan adalah baik, tidak semua kerusi mencatatkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.
Setakat laporan ini ditulis, peratusan keluar mengundi di Bandar Hilir – kubu kuat DAP – ialah 57.2 peratus.
Bagaimanapun, melainkan berlaku peralihan undi yang besar, DAP dijangka kekal memenangi kerusi yang 73.9 peratus pengundinya adalah kaum Cina berbanding Melayu (11.4 peratus).
Di dua kerusi lain yang dimenangi DAP – Kesidang dan Ayer Keroh – merupakan kerusi yang boleh dipengaruhi jumlah pengundi yang hadir. Kadar di kerusi tersebut masing-masing 65.1 peratus dan 64.8 peratus.
Menurut electiondata.my, peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina di seluruh negeri dianggarkan sebanyak 58.7 peratus setakat jam 5.15 petang.
Pengundi Cina membentuk 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi Melaka. Ia juga menganggarkan bahawa peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi India adalah sekitar 57.5 peratus.
Sebagai perbandingan, bagi pengundi Melayu – yang merangkumi 62.6 peratus daripada jumlah pengundi – peratusan keluar mengundi setakat jam 5 petang adalah 77.7 peratus.
Pusat-pusat pengundian akan ditutup pada jam 6 petang.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/vote1sded_147308.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.