Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gobind pula digantung dari Parlimen
Diterbitkan:  Mar 12, 2009 6:17 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) telah digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat sepanjang hari ini kerana membangkitkan perkara mengenai Altantuya.

Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengarahkan Gobind keluar dari dewan selepas ahli Parlimen DAP itu enggan berhenti daripada membangkitkan perkara mengenai pembunuhan wanita Mongolia tersebut sedangkan ia merupakan sesi untuk membahaskan mini bajet.

gobind singh deo Gobind merupakan ahli Parlimen kedua digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini.

Sebelum ini, Siringan Gubat (BN-Ranau) digantung selama tiga jam oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengganggunya ketika sesi soal jawab pagi tadi.

Ia ekoran tindakan Gubat menyebut perkataan 'ngam' terhadap keputusan Pandikar untuk tidak lagi memberi amaran liasan jika ada wakil rakyat menggunakan perkataan yang tidak dibenarkan di Parlimen.

Ini berupakan penggantungan ketiga terhadap Gobind. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada pengerusi DAP, Karpal Singh.

Gobind dikenakan tindakan tersebut hari ini apabila beliau bangun untuk bertanya soalan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja selesai menyampaikan ucapan penggulungannya.

Gobind merujuk kepada tiada tindakan terhadap kematian mengejut tahanan polis A Kugan pada 20 Januari lalu.

Beliau juga tertanya-tanya sama ada mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah serta menyentuh tentang kes Altantuya.

Najib telah dikaitkan dengan kematian Altantuya walaupun timbalan perdana menteri itu berulangkali menafikannya.

Selepas Kiandee berkali-kali meminta Gobind duduk, timbalan speaker itu kemudian mengarahkan wakil rakyat DAP itu supaya keluar daripada dewan untuk hari ini.

Sesi parlimen hari ini berlangsung sehingga jam 10.30 malam ini.

Baca berita penuh

ADS