Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 90 peratus daripada lebih kurang 200 wakil calon dalam pemilihan Umno hujung bulan ini tidak bersetuju pengiraan undi dilakukan dengan menggunakan komputer.

Sebaliknya mereka mahu pengiraan dibuat secara manual seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

Keputusan tersebut dibuat secara angkat tangan sewaktu majlis taklimat diadakan untuk wakil-wakil calon.

umno computer voting trial 130309 samusdin osman Taklimat selama kira-kira 90 minit di bangunan Umno mulai 10.45 pagi diikuti sesi soal jawab antara wakil-wakil dengan jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samsuddin Osman.

Bantahan itu dinyatakan oleh setiausaha kerja Umno, Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim (foto) dalam sidang media selepas selesai majlis taklimat tersebut.

Berikutan itu, katanya, perkara itu akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan Umno sebelum keputusan muktamad dibuat dalam masa terdekat.

Rabu lalu, Husainay mengumumkan bahawa Umno ingin menyewa 40 pengimbas daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk digunakan dalam sistem pengiraan berkomputer dalam pemilihan Umno akhir bulan ini.

Perhimpunan agung Umno yang akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini .

Sesi soal jawab

Dalam sesi soal jawab selepas taklimat tersebut, berlaku perdebatan hangat antara wakil-wakil calon dan Samsuddin berhubung penggunaan komputer dalam proses pengiraan undi.

Ini memaksa setiausaha kerja Umno itu masuk campur apabila beberapa wakil-wakil calon yang bertanding, bangun mempersoalkan ketelusan dalam proses pengiraan berkomputer.

umno computer voting trial 130309 sample Datuk Lajim Ukin yang juga calon Majlis Tertinggi (MT) berkata kaedah manual pengiraan undi yang digunakan selama ini tidak mempunyai masalah walaupun memakan masa yang agak lama.

Manakala seorang perwakilan daripada Tanjung Karang pula bangun mempertahankan kewajaran penggunaan pengiraan undi kerana ia menjimatkan masa.

Beliau berkata, keberkesannya terbukti apabila bahagian tersebut menggunakan kaedah tersebut dalam dalam pemilihan peringkat bahagian November lalu.

Terdapat juga wakil calon yang mahukan Umno menggunakan pengiraan undi berkomputer seiring dengan kemajuan teknologi hari ini.

Mengulas mengenai keputusan tersebut, Husainay berkata, Umno memberi ruang kepada wakil-wakil calon untuk memutuskan sama ada setuju atau tidak menggunakan kaedah tersebut.

Cara mengundi

Katanya, kaedah pengiraan undi berkomputer adalah satu opsyen dari jawatankuasa pengurusan Umno, tetapi ia akan mengikut dikehendaki majoriti ahli.

umno computer voting trial 130309 mock voting "Ini menunjukkan ketelusan Umno dengan mendengar suara akar umbi.

“Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi arahan supaya kita mendengar pandangan wakil calon," katanya.

Tambahnya, kemungkinan para perwakilan masih lagi selesa dengan kaedah manual seperti yang dijalankan selama ini.

Sementara itu, wakil-wakil calon juga bersetuju agar jawatankuasa pemilihan menolak undi yang disalah tanda tanpa rayuan dari perwakilan untuk membetulkannya.

"Mereka mahu, kalau salah, salah. Salah tolak," katanya

Menurut Husainay lagi, wakil calon juga mahu pengundian dijalankan secara memangkah atau menanda ‘betul’.

Katanya, keputusan tersebut akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan yang dipengerusikan untuk dipertimbangkan.

.

ADS