PRN Melaka: Ada gembira mahu Najib balik jadi PM, ada kesal sebut 'penyamun'
PRN MELAKA | Perintah Mahkamah Tinggi pada 10 Nov yang membenarkan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan rumah mengundang reaksi bercampur dalam kalangan pengundi Melaka.
Perintah itu dikeluarkan pada hari yang sama pengundian awal bagi pilihan raya negeri berlangsung untuk anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing mengundi.
Tinjauan KiniTV sebelum ini menyorot pandangan yang berkata perkembangan berkenaan akan menjejaskan sokongan mereka kepada BN manakala yang lain kekal setia kepada gabungan itu. Malah ada pengundi yang berharap Najib akhirnya dapat kembali menerajui kerajaan.
“Tahu dia keluar, dia dah bayar RM50 juta keluar kanSebenarnya untuk saya memang tak bersetuju kalau dia keluar, sebabnya sebelum-sebelum ni hutang-hutang yang ada kat negara ni pun tak dapat nak disettlekan,” kata peniaga, Izzat.
/file/attachments/orphans/najib1_624655.png)
Sementara itu, Ali juga seorang pengusaha berkata dia tidak bersetuju dengan perkembangan itu kerana ia mengingatkannya kepada kes 1MDB yang melibatkan wang rakyat.
"Ah tak boleh lah, sebab kalau untuk ambil duit rakyat macam kes 1MDB semua tu. Kita pun tak tahu apa yang dia... tiba-tiba dia keluar macam tu. Kita pun tak setuju lah," katanya.
Dia berkata perkembangan itu membuatkan dia lebih tidak mahu mengundi BN.
“Tak nak mengundi BN sebab rasa macam tak setuju lah kalau orang macam kita panggil penyamun,” kata Ali lagi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/8d718ccd9113b8be38a35e103b8b0e8a.jpg)
Sementara itu, penghantar makanan Khairul Azizi mengakui sumbangan Najib sebelum ini namun berkata dia tetap bimbang tentang kesan skandal 1MDB.
“Kita tengok rekod kan, mungkin dia banyak bantu rakyat, tapi akhirnya rakyat yang tanggung hutang 1MDB berapa puluh tahun akan datang. Jadi, itu fakta lah,” katanya.
Khairul belum memutuskan sama ada perkembangan itu akan mempengaruhi undinya, sambil berkata dia juga tidak berpuas hati dengan parti-parti yang sedang berkuasa.
“Jadi, mungkin kita perlukan kuasa ketiga barangkali,” katanya.
/file/attachments/orphans/NajibRazak1_213797.png)
Dalam pada itu, seorang penarik beca Jamal berkata dia akan terus menyokong BN dan berharap gabungan itu memenangi pilihan raya negeri.
Malah, dia memuji bekas perdana menteri dan menyifatkan Najib sebagai “orang yang bijak pandai”.
"Oh, saya fikir Najib dapat balik rumah, bagus, lebih baik kan. Saya pun memang sokong dia," kata Jamal.
"Yalah betul ah, Najib dah keluar penjara, di rumah kan. Jadi undi saya tetap mengundi untuk Najib punya parti juga. Saya mengharapkan pilihan raya kali ini BN menanglah ni kan," jelasnya lagi.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-06112026-05_239431.jpg)
Siti, seorang petugas pembersihan berkongsi sentimen sama, berkata dia suka dan gembira dengan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.
"Sukalah, gembira. Alhamdulillah dia okey kan, dia selamat masuk dekat rumah dia," katanya.
Bagaimanapun, Siti berkata dia tidak akan menukar undinya kerana masih menerima bantuan, termasuk SARA.
"Tak ubah-ubahlah. Sebab saya ada bantuan. Sampai hari ni masih dapat. Saya ada bantuan SARA... Jadi dia kata undi ya, jangan tak undi. Kita ni bantuan ni semua daripada situ lah," katanya.
Jadi bosku semula
Wan, yang bekerja sebagai maskot pula berharap Najib akhirnya dapat kembali menerajui kerajaan. Dia membuat perbandingan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang kembali berpolitik selepas menjalani hukuman penjara.
"Bagus lah kalau dia balik rumah kan, walaupun tu kes lama dia. Sekarang ni orang cakap dia dah berubah lah. Baguslah kalau Najib keluar balik, dia jadi bosku balik kan. Harap dia naikkan jadi PM balik ah, sebab apa yang dulu-dulu tu bagus lah. Kebanyakan yang dia buat tu bagus daripada sekarang.
“Mungkin dia macam Anwar dulu. Anwar kan kena penjara, sekarang Anwar keluar dia macam-macam dia buat reformasi. Ni mungkin Najib akan buat lain daripada yang lain lah,” katanya.
/file/attachments/orphans/5353454_502916.jpg)
Perpindahan Najib dari penjara kepada tahanan rumah berlaku empat hari selepas dia melunaskan denda RM50 juta. Ketika itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon supaya pemindahan Najib ke rumah ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan mengenai pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 18 Sept.
Pengampunan bersyarat itu membenarkan Najib menjalani baki hukumannya secara tahanan rumah, tertakluk kepada pembayaran denda.
Hukuman Najib berpunca daripada sabitannya dalam kes SRC International, membabitkan RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB itu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya pada 28 Julai 2020.
Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya pada 23 Ogos 2022. Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada hari yang sama.
/file/attachments/orphans/najibrazak1_740838.png)
Pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan tempoh hukuman penjaranya kepada enam tahun dan dendanya kepada RM50 juta. Najib akan menghabiskan baki hukuman penjara kes SRC di kediamanya di Jalang Langgak Duta, Kuala Lumpur sehingga 23 Ogos 2028.
Selepas itu, Najib dijadualkan kembali ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara berasingan dalam kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan dana kira-kira RM2.3 bilion, jika rayuannya di mahkamah tidak berpihak kepadanya.
Bekas presiden Umno itu sedang merayu sabitan dan hukuman kes 1MDB itu di Mahkamah Rayuan.
Pada 26 Dis 2025, Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas 25 pertuduhan — empat salah guna kuasa dan 21 pengubahan wang haram — serta menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/213453454533_244043.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.