Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mohd Ali serah kepada lembaga disiplin
Diterbitkan:  Mar 17, 2009 1:06 PM
Dikemaskini: 5:08 AM

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang, lapor Utusan Online.

"Tu kena tanya Lembaga Disiplin Umno," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara di Melaka hari ini.

ali rustam and umno Mohd Ali berkata beliau juga tidak akan menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin Umno petang ini, lapor Utusan online.

''Saya akan ke Ipoh, Perak petang ini untuk majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) Umno," katanya

Mengulas jika beliau dikenakan tindakan digantung keahlian setahun atau tiga tahun, beliau berkata: "Perkara ini perlu ditanya ke Lembaga Disiplin Umno.

"Saya hormati Lembaga Disiplin Umno, tidak boleh cakap sebarangan, nanti jadi tak elok."

Sementara itu, hampir 100 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno datang memberi sokongan kepada beliau di kediaman rasminya.

ADS