Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rancangan penduduk Indian Settlement, Kampung Pandan mengadakan bantahan di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok telah dibatalkan.

Sebaliknya, mereka akan memohon perintah mahkamah untuk menghalang DBKL daripada merobohkan rumah mereka di situ, Khamis ini.

kawasan indian settlement kampung pandan titiwangsa parlimen 110509 Pengerusi Kelab Penyokong PAS Titiwangsa, K Ramamoorthi berkata, permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah itu dijangka dibuat petang ini atau pagi esok.

Beliau yang juga salah seorang penduduk terbabit berkata, keputusan itu diputus dalam mesyuarat oleh jawatankuasa penduduk malam tadi, yang dihadiri oleh kira-kira 200 penduduk terbabit.

Sehingga pagi ini, katanya, beliau menerima panggilan telefon dari penduduk di situ bahawa DBKL masih mengedarkan notis untuk merobohkan kira-kira 200 rumah di situ.

Ramamoorthi berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada PAS Titiwangsa mengenai pembatalan bantahan esok.

Katanya, penduduk terbabit akan berhimpun mulai jam 9 pagi untuk menghalang operasi perobohan DBKL Khamis ini

Semalam, Pemuda PAS Tititwangsa membantah sekeras-kerasnya tindakan DBKL untuk meroboh rumah penghuni di situ.

Ketua penerangannya, Raja Sidqi Raja Lope berkata walaupun DBKL telah menyediakan rumah kepada penghuni tersebut di Kampung Muhibbah, Puchong, tetapi ia masih tidak menyelesaikan masalah penduduk India Settlement.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Sidqi berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai pembatalan bantahan di DBKL esok.

ADS