Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indian Settlement: Pemindahan usaha menteri terdahulu

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata proses penempatan semula setinggan di Indian Settlement, Kampung Pandan adalah kesinambungan usaha menteri terdahulu.

"Saya hanya meneruskan apa yang telah dilakukan oleh mereka," tambahnya.

raja nong chik raja zainal abidin Katanya, penduduk terbabit memohon untuk mendapat hakmilik tanah di situ, tetapi ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Jika DBKL meluluskan permohonan mereka, nanti masyarakat India yang lain pula mahu berbuat demikian.

"Tanah ini untuk kita majukan, termasuk pembinaan rumah. Selepas siap mereka boleh kembali ke sini," katanya kepada Malaysiakini.

Raja Nong Chik berkata, penduduk setinggan berkenaan bernasib baik kerana akan dipindahkan ke projek perumahan rakyat (PPR) Puchong.

Beliau ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-63 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Raja Nong Chik mengulas rancangan DBKL untuk merobohkan rumah setinggan di kampung berkenaan Khamis ini.

Katanya, urusan yang berkaitan dengan masyarakat kaum India di Wilayah Persekutuan diuruskan oleh Timbalannya, Datuk M Saravanan.

Katanya, Saravanan bertanggungjawab menguruskan keperluan dan menangani masalah masyarakat India.

ADS