Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 04 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.

Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Kuala Perlis.

Lebih menarik, kawasan DUN itu terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata, majlis tersebut akan diadakan di rumah salah seorang ahli Umno yang akan menyertai PKR esok.

Menurutnya, kemasukan ahli Umno ini adalah kali pertama PKR dapat menubuhkan cawangannya di DUN berkenaan.

Pada masa ini, terdapat empat cawangan PKR di Perlis dengan jumlah keahlian lebih 1,200 orang.

Menurut jadual mantan timbalan perdana menteri seperti dimuatkan di blognya, satu program ceramah akan diadakan di Kuala Perlis pada 5 petang selepas mesyuarat badan perhubungan.

Tambah kekuatan

Dengan penubuhan cawangan baru di DUN itu, PKR kini mempunyai lima cawangannya di negeri itu, kata Johari kepada Malaysiakini.

"Penyertaan ahli Umno esok sekali gus menunjukkan perkembangan PKR di negeri ini.

"Jentera PKR di negeri Perlis baru nak bergerak. Kemasukan mereka akan menambah lagi kekuatan PKR Perlis," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat ahli Umno di kawasan lain, antaranya di kawasan-kawasan DUN Pauh, Titi Tinggi dan Beseri, yang akan melompat ke parti tersebut.

"Mungkin ada. Kita akan usaha untuk tarik mereka masuk PKR," kata Johari.

Pauh terletak dalam parlimen Arau, manakala Titi Tinggi dan Beseri di parlimen Padang Besar.

Johari mengharapkan kemasukan mereka boleh meningkatkan keyakinan PKR Perlis membantu Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13.

ADS