Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

majlis perbendaharan seberang jaya mpsp pkr walkout 040609 mokhtar mohd jait Lapan ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dari PKR, memboikot majlis angkat sumpah presiden MPSP yang barunya, Mokhtar Mohd Jait (foto) pagi ini.

Mereka bertindak demikain sebagai membantah pelantikan kakitangan awam memegang jawatan tersebut.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan majlis tersebut melihat hanya tiga ahli majlis PKR yang masuk ke dewan. Mereka ialah Amir Ghazali, Mahamad Hashim dan Farid Arshad.

majlis perbendaharan seberang jaya mpsp pkr walkout 040609 johari kassim Bagaimanapun, Amir dan Mahamad memberitahu kemudiannya bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut.

Selain mereka berdua, turut tidak hadir ialah ketua wip PKR di MPSP, Johari Kassim (foto), Che Mat Hashim, Rynu Shanmugam, Goh Choon Aik, Mohd Kamil Abu Bakar dan Zaini Awang.

MPSJ mempunyai 24 ahli majlis yang terdiri PKR (9), DAP (10), PAS (2) dan NGO (3).

Mereka mendakwa, sebelum ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mencapai kata sepakat untuk melantik seorang ahli politk sebagai presiden MPSP sehingga pilihanraya tempatan menjadi kenyataan.

Bantahan tersebut dilihat sebagai cabaran pertama terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, yang mengangkat jawatan tersebut kelmarin.

majlis perbendaharan seberang jaya mpsp pkr walkout 040609 01 Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan pelantikan Mokhtar semalam.

Beliau juga turut mengumumkan pelantikan presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sementara itu, Johari memberi amaran bahawa beliau dan lapan orang ahli majlis tersebut dari PKR, mungkin akan letak jawatan serentak sebagai membantah pelantikan Mokhtar.

Difahamkan, di kalangan PKR negeri, Johari dillihat sebagai 'orang kuat' pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrin Hashim.

Sementara itu, Mansor telah meminta badan majlis perbendaharan seberang jaya mpsp pkr walkout 040609 utusan haszrul mohamed perhubungan PKR Pulau Pinang menyiasat ketidakhadiran ahli majlis PKR di majlis angkat sumpah presiden MPSJ pagi ini.

Selepas majlis angkat sumpah tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menghalau wartawan Utusan Malaysia, keluar dari menghadiri sidang akhbarnya.

Wartawan itu yang merupakan penolong ketua biro Utusan Malaysia di Pulau Pinang, Haszrul Mohamed (foto) mendakwa dia rasa terhina dengan tindakan Lim itu.

Baca berita penuh

ADS