Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Wilayah Persekutuan mendesak kepimpinan PAS supaya berbincang dengan PKR bagi mendapatkan dua lagi kerusi tambahan - menjadi empat kerusi Parlimen di negeri itu - dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS bertanding di dua kawasan Parlimen - Titiwangsa dan Putrajaya. Di Titiwangsa, Calon PAS Dr Lo' Lo' Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, calonnya Mohammad Nor Mohamad tewas di kerusi Putrajaya dengan majoriti 2,734.

pas muktamar 55 general assembly 060609 05 Kali ini PAS WP menuntut kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan

Lembah Pantai kerana mendakwa mereka mempunyai kekuatan sokongan di kawasan tersebut dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi Parlimen, termasuk Labuan. Dalam pilihanraya lalu, DAP bertanding di lima kerusi - Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras - dan menang kesemuanya.

Manakala PKR pula bertanding di lima kerusi - Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak - dan hanya kalah dikerusi Setiawangsa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS WP, Nazir Zakaria menyifatkan pembahagian kerusi kepada PAS negeri itu dalam

pilihanraya umum lalu sebagai "tidak adil", sedangkan ia bertungkus lumus menjayakan Pakatan Rakyat, termasuk PKR.

Beliau menegaskan demikian sewaktu membahaskan usul ucapan terima kasih presiden di Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Nazir yang juga yang dipertua PAS Putrajaya, menganggap pihak mereka seperti 'bidak di papan catur' dalam pembahagaian kerusi dalam pilihanraya umum lalu.

Setahunya, sebelum pilihanraya umum ke-12, terdapat perbicangan PAS dengan PKR berhubung kawasan-kawasan yang tidak memihak kepada PAS atau bersifat 50-50 diserahkan kepada PKR.

Katanya, PAS WP pernah meminta untuk berbincang dengan PKR berhubung pembahagian kerusi di Wilayah Persekutuan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut tidak berlaku sepertimana yang dipersetujui.

"Atas semangat tahaluf siyaasi (kerjasama politik) negeri-negeri lain ada perbincangan untuk pembahagian kerusi.

"Dalam pilihanraya ke-12 lalu, keadaan itu tidak berlaku di peringkat Wilayah Persekutuan, perkara itu (perbincangan) tersebut tidak berlaku.

"Kita ajak bincang, mereka tak nak buat perbincangan, seolah-oleh macam ada arahan daripada peringkat atasan

jangan berlaku perbincangan kerana ada keputusan majlis presiden (Pakatan)," katanya.

ADS