Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno S'gor hairan Nik Aziz tolak k'jaan perpaduan

Umno Selangor hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - yang juga seorang ulama - yang tidak suka orang Melayu-Islam bersatu padu.

Ketua Penerangannya, Abdul Syukur Idrus berkata, jarang berlaku ulama menentang sebarang perbincangan untuk kepentingan kaum dan agama mereka.

abdul syukur idrus pemuda umno selangor Sebaliknya, kata beliau, menteri besar Kelantan itu menolak mentah-mentah perbincangan untuk kepentingan orang Melayu.

"Perpaduan dengan kaum sendiri tolak, tetapi perpaduan dengan kaum lain, dengan Pakatan Rakyat terutama DAP beliau mahu.

"Apa guna berbalah dengan bangsa sendiri, ibarat menang sorak kampung tergadai.

"Kerana yang lebih penting ialah untuk kepentingan masa depan bangsa depan bangsa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Semalam, Nik Abdul Aziz menggesa timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

Sehubungan itu, kata Abdul Syukur, para ulama perlu tampil ke depan untuk memberi penjelasan mengenai kerajaan perpaduan dalam Islam.

Ditanya adakah Umno sedia menerima Nasharuddin menyertai Umno, ketua penerangan Umno Selangor itu berkata, "sesiapa sahaja boleh menyertai Umno."

"Umno boleh terima Nasharuddin kerana beliau ikhlas mahu orang Melayu bersatu padu," katanya.

Abdul Syukur juga menjelaskan bahawa Umno Selangor belum memberi penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerajaan perpaduan PAS dan Umno.

Katanya, semua ahli Umno di Selangor membaca isu itu di akhbar dan telah mengetahuinya.

ADS