Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penduduk Kampung Buah Pala enggan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini apabila peguam mereka tidak dibenarkan ikut sama.

Mereka meninggalkan bangunan setiausaha kerajaan negeri di Komtar selepas Lim bertegas mereka tidak boleh diwakili oleh peguam mereka, Darshan Singh Khaira dalam perjumpaan itu pada jam 11 pagi.

hindraf kampung buah pala protest at penang kamtar 300609 darshan singh shouted at ng wei aik Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh telah mengatur pertemuan tersebut untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah Kampung Buah Pala.

Difahamkan, penduduk mengenakan syarat bahawa mereka mestilah diwakili oleh Darshan.

Bagaimanapun, apabila kira-kira 20 penduduk yang diketuai pengerusi persatuan penduduk Kampung Buah Pala, M Sugumaran tiba di tingkat tiga Komtar pada jam 10.30 pagi, mereka didesak oleh ADUN Seri Delima, RSN Rayer supaya menerima syarat tidak boleh diwakili peguam.

'Peguam tidak dibenarkan'

Rayer juga mahu penduduk terbabit diwakili oleh lima ahli persatuan berkenaan dalam perjumpaan dengan Lim itu.

Apabila penduduk berkeras supaya diwakili Darshan, Rayer tetap tidak bersetuju.

Penduduk tetap enggan menghadiri perjumpaan dengan Lim tanpa kehadiran peguam mereka.

hindraf kampung buah pala protest at penang kamtar 300609 ng wei aik convincing protestor to move Setiausaha persatuan penduduk itu, C Tharmaraj menuduh ketua menteri hanya mahu menunjukkan seolah-olah beliau bekerja keras untuk menyelesaikan masalah mereka.

"Mengapa beliau menafikan hak asasi kita untuk mendapatkan khidmat guaman di perjumpaan tersebut," soalnya.

Rayer, bagaimanapun dapat memujuk serang penduduk yang dikenali sebagai Saravanan, untuk bersamanya menemui ketua menteri.

Walaupun dibantah keras oleh para penduduk, Saravan mengikut Rayer ke pejabat ketua menteri di tingkat 28.

Bagaimanapun tidak diketahui apa yang berlaku dalam perjumpaan tersebut. Berita asal

ADS