Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengakui terdapat halangan daripada badan perhubungan PAS Kelantan terhadapnya daripada berkempen di Manek Urai sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok itu berkata, andaian yang dibuat terhadapnya tidak tepat dan beliau diminta pimpinan tertinggi PAS supaya turun padang.

"Memang ada keputusan daripada perhubungan negeri demikian. Dan saya akur kepada keputusan tersebut.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pc "Tetapi selepas kita melihat kepada keadaan dan suasana, sebagaimana disebut Tok Guru (Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan juga presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri - setelah berada di lapangan - mengatakan bahawa andaian itu banyak yang tidak tepat.

"Jadi, saya diminta presiden dan Tok Guru supaya turun ke Manek Urai," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Dhuha bersama Nik Aziz di Kampung Perial pagi tadi.

Hadir sama dalam program itu, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji.

Ia merupakan program pertama Nasharuddin setelah ketidakhadirannya di Manek Urai, termasuk pada hari penamaan calon Ahad minggu lalu.

"Kehilangannya" itu telah menimbulkan pelbagai andaiaan, terutama sekali apabila beliau sebelum ini ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan.

Mengulas lanjut, Nasharuddin mengesahkan bahawa beliau sakit dan mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini, seperti dilaporkan media.

Ditanya sama ada beliau merupakan "mangsa persepsi", Nasharudin berkata beliau akan menjelaskan perkara itu, bersama isu-isu lain selepas pilihanraya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Katanya, beliau mengambil sikap tidak memberikan respons kepada media sebelum ini kerana mendakwa "media Malaysia tidak bebas untuk melaporkan".

Ditanya tentang jangkaan isu yang akan dimainkan BN, beliau berkata: "Saya lihat mereka (BN) tidak ada isu."

Beliau juga enggan menjawab soalan mengenai pendiriannya sekarang berhubung isu kerajaan perpaduan.

Lain pula petang tadi

Selepas mengaku pagi tadi yang beliau dilarang berkempen, dalam sidang akhbar di markas induk PAS Manek Urai petang tadi, Nasharudin dilihat berdolak-dalik mengenai perkara itu.

nasharuddin hadi awang manek urai 110709 hadi nasha Ahli parlimen Bachok itu kelihatan mengelak mengulas langsung mengenai larangan badan perhubungan PAS Kelantan itu.

"Ketidakhadiran saya atas masalah kesihatan," katanya ringkas selepas menghadiri taklimat berhubung pilihanraya kecil DUN itu.

Beliau ditemani Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Petang ini, ketika diminta mengulas kenyataan awalnya, Nasharuddin berkata:

"Pada peringkat awal itu mungkin pandangan yang seperti mana saya sebutkan tadi. Tok Guru (Nik Aziz) tadi telah sebut. Tok Guru ada keluarkan kenyataan. Tetapi itu tidak menjadi sebab untuk saya tidak

turun," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Abdul Hadi berkata, beliau "tidak percaya" terdapat larangan itu dibuat, sebaliknya menyalahkan laporan media.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha nik aziz fauzi nizar "Saya tak percaya kepada kenyataan PAS negeri. Saya tak percaya ada kenyataan PAS negeri. Cuma saya bimbang media-media, bukan saudara-saudara, ini ibu pejabat yang mengendalikan hal-hal seperti ini," katanya.

Menjawab soalan, beliau juga tidak percaya terdapat kenyataan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berkata Nasharuddin tidak dibenarkan hadir bagi mengelakkan dicemuh (diboo).

Ditanya sama ada beliau disisihkan, Abdul Hadi menyampuk: "Itu macam soalam mahkamah... Sepatutnya tanya pasal pilihanraya ini."

Diminta mengesahkan terdapat larangan terhadap Nasharudin di peringkat awal, Mustafa pula menyampuk dalam nada berseleroh: "Hak itu dia nak tu."

ADS