Ab Rauf, Adam Adli selesai undi
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh selesai menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 8.38 pagi ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Alor Gajah diiringi isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz, yang turut mengundi di lokasi sama.
Ditemui media selepas itu, Ab Rauf berharap semua pengundi Melaka keluar untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing, hari ini.
PRN kali ini menyaksikan Ab Rauf berhadapan saingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Yunazri Mustamiri, yang membuat penampilan sulungnya di pentas pilihan raya.
/file/attachments/orphans/dsasaasdasd_211372.jpg)
Pada PRN Melaka ke-15, Ab Rauf menang pertarungan tiga penjuru dengan majoriti 364 undi menewaskan calon PH Zainal Hassan dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka Adam Adli Abdul Halim menjadi antara pengundi terawal yang hadir ke pusat mengundi di SK Dato' Demang Hussin, Bukit Katil bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemilih di DUN itu.
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi tiba kira-kira 7.45 pagi dan berbaris bersama dengan pengundi lain sebelum masuk ke pusat mengundi.
DUN Bukit Katil menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang kerusi Adly Zahari yang juga Pengerusi PH Melaka dengan Muhammad Ridzuan Mohd Sarif (PN), Dr Aliza Che Amran (Bersama) dan Abu Bakar Sabudin (Bebas).
/file/attachments/orphans/malaccapolls3_381912.jpeg)
Dalam pada itu, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dijangka mengundi pada 4 petang nanti selepas meninjau proses pengundian di DUN berkenaan.
Di SK Jenis Kebangsaan (Cina) Notre Dame, Setiausaha Publisiti DAP Melaka Kerk Chee Yee selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi DUN Kota Laksamana kira-kira 8.20 pagi.
Calon PH bagi kerusi DUN Ayer Keroh itu berharap semua pengundi Melaka keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin, hari ini.
"Saya mengingatkan pengundi supaya menyemak terlebih dahulu lokasi pusat mengundi masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan, terutama mereka yang masih merujuk lokasi lama," katanya.
Kerk, 34, yang merupakan penyandang kerusi DUN Ayer Keroh selama dua penggal, berdepan dengan saingan empat penjuru menentang Datuk Seri Michael Gan (PN), Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Bersama) dan Mohd Hamnaim Mohamad (Bersatu).
Di DUN Machap Jaya, calon PH Datuk Ginie Lim Siew Lin selesai mengundi pada 8.10 pagi di SK Jenis Kebangsaan (C) Machap Umboo, Alor Gajah.
DUN itu menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Lim dan penyandang Datuk Ngwe Hee Sem daripada BN serta Prasanth Kumar Brakasam (Bersama).
Ngwe pula tiba bagi menunaikan tanggungjawabnya di SK Rendah Agama Jaim, Kampung Ayer, Machap pada 9.10 pagi.
- Bernama
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/435534345345345_450468.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.