T Mohan tanding ketua Pemuda MIC
Diterbitkan: Jul 27, 2009 12:29 PM | Dikemas kini: Jul 27, 2009 8:27 PM
Penyelaras Pemuda MIC, T Mohan mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Pemuda MIC dalam pemilihan pergerakan itu pada 16 Ogos depan.
Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan tersebut bagi meneruskan kerja-kerja yang telah lakukannya sejak menjadi penyelaras Jun tahun lalu.
Pengumumannya itu disambut oleh tepukan gemuruh lebih 100 perwakilan pergerakan itu, termasuk pemimpin peringkat negeri.
Mohan akan berdepan dengan S P Veloo untuk merebut jawatan tersebut.
Proses pencalonan dijadual diadakan pada 8 Ogos.

