Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN PAS jalani pembedahan di China
Diterbitkan:  Aug 7, 2009 5:04 PM
Dikemaskini: 5:55 PM

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China bagi barah usus, dijadual menjalani pembedahan hari ini.

Pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Abdul Fatah Harun berkata keadaan wakil rakyat itu dilaporkan masih kritikal.

"PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa supaya wakil rakyat berkenaan kembali sihat dan pulih serta dipanjangkan umur untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat di kawasannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Katanya, PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membiayai rawatan Che Hashim di China.

Che Hashim berjaya merampas DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Pada tahun 2004, Che Hashim tewas kepada Saufi dengan majoriti 1,729 undi. Saufi mendapat 4,184 undi manakala Che Hashim memperolehi 2,455 undi.

ADS