Bantah tukar bahasa, PIBG dilarang adakan EGM

       

Ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

seri hartamas school 080809 counting ballots Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dijadual diadakan di sekolah itu pagi tadi, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

seri hartamas school 080809 salmah abu bakar Presiden PIBG, Salmah Abu Bakar berkata keputusan undian itu akan diserahkan kepada perdana menteri dan menteri pelajaran bersama dengan rayuan.

"Kami mahu memberitahu mereka bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah baik untuk sekolah ini. Kami mahu dikecualikan," katanya.

Menurut Salmah, ramai ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan kerana standard pengajaran bahasa Inggeris yang tinggi dan oleh itu PIBG mahu ia dikekalkan.

Manakala timbalan presiden PIBG, Azimah Abd Rahim berkata urusan untuk mengadakan EGM itu dibuat mengikut peraturan dan oleh itu tiada sebab bagi pihak berkuasa untuk melarang ia diadakan.

"Kami faham bahawa banyak PIBG di seluruh negara mahu mengadakan EGM yang sama dan mereka juga berdepan dengan masalah yang sama. Kami harap mereka dibenarkan berbuat demikian," katanya.

Mengikut Azimah lagi, tiada arahan bertulis dikeluarkan untuk menghalang mereka daripada mengadakan mesyuarat tersebut.

seri hartamas school 080809 counting ballots Seorang ahli jawatankuasa PIBG, Mazidah Mohd Zin berkata beliau bimbang anaknya yang telah belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, terpaksa bertukar mengguna bahasa Malaysia hanya dua tahun sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau bimbang anaknya akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat dan berharap kerajaan akan menimbang rayuan PIBG sekolah tersebut.

Seorang lagi ibubapa, Yee Li Li berkata dua orang anaknya belajar di sekolah tersebut dan yang paling kecil, kini dalam Tingkatan 1, telah mendesaknya supaya bertindak kerana dia sudah enam tahun belajar dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

"Saya mewakli anak-anak saya yang membantah pertukaran bahasa itu," katanya. Berita asal

Malaysiakini
terkini untuk anda