Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
H1N1: 28 kem PLKN masih ditutup
Diterbitkan:  Aug 14, 2009 8:52 PM
Dikemaskini: 12:58 PM

Hanya enam daripada 34 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang ditutup sebelum ini akibat jangkitan inluenza H1N1 terhadap beberapa pelatihnya, belum dibuka semula, kata ketua

pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Namun, kata Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, enam kem yang masih ditutup itu iaitu Kem PLKN Rimba Taqwa di Sik, Kedah, akan dibuka semula pada Isnin depan, Kem PLKN Beringin di Langkawi (dibuka 18 Ogos), Kem PLKN Segari di Lumut (17 Ogos), Kem PLKN Millenium di Behrang (19 Ogos), Kem PLKN Sri Ledang di Johor (17 Ogos) dan Kem

PLKN Gambang di Kuantan (20 Ogos).

"Pihak pengurusan setiap kem telah menjalankan prosedur pembersihan dan penjagaan seperti yang diarah oleh Kementerian Kesihatan semasa kem berkenaan ditutup," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di Kem PLKN Tangkas Kendiri di Sauk dekat Kuala Kangsar hari ini.

Mengenai kempen mengibar Jalu Gemilang, Abdul Hai berkata bendera kebangsaan itu perlu dikibar di semua bangunan terutama di kawasan hadapan dan pagar kem PLKN yang menghadap ke jalan utama.

"Kempen ini juga merupakan langkah PLKN menerap dan mempertingkat tahap kerohanian yang tinggi bagi pelatih," katanya. BERNAMA

ADS