Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Afrika boleh ajar piawaian hak asasi kepada Asean
Diterbitkan:  Sep 17, 2009 1:29 PM
Dikemaskini: 5:32 AM

Para pemimpin Asean perlu melihat kepada badan-badan hak asasi manusia di rantau lain, terutamanya Afrika, bagi mempelajari tentang bagaimana menseimbangkan perlindungan hak asasi manusia dengan kedaulatan negara, kata seorang tokoh akademik.

Dominic J Nardi, Jr, zamil penyelidik pelawat Governance Institute yang berpejabat di Amerika Syarikat, berkata dalam jangka masa panjang, langkah itu akan mewujudkan komuniti Asean dan kedua-dua Asean serta kerajaan negara anggota mempunyai kelebihan kewajaran pada pandangan rakyat masing-masing.

"Hakikatnya, berdasarkan pengalaman relatif Afrika, mungkin kita akan menyaksikan penasihat undang-undang Kesatuan Afrika dihantar ke Asia Tenggara bagi membantu Asean Human Rights Body (AHRB) mematuhi standard hak asasi antarabangsa," kata beliau dalam tulisannya pada portal berita Mizzima Online yang mempunyai kaitan dengan Myanmar.

Nardi berkata pendekatan seumpamanya perlu memandangkan Asean bersedia melantik kumpulan pertama pesuruhjaya AHRB pada Sidang Kemuncak Asean di Hua Hin bulan depan, tetapi tidak dapat membicarakan aduan individu daripada rakyat teraniaya.

"Suruhanjaya itu sendiri menghadapi dan ketidaktentuan tentang masa depannya. Aktivis hak asasi manusia mendakwa Asean tidak mmberikan kuasa kepada suruhanjaya bagi memuaskan hati pencabul hak asasi manusia yang tiada kesudahan seperti Burma," kata beliau.

Tanpa berusaha mencari kata sepakat, 10 negara anggota Asean sebaliknya bersembunyi di sebalik slogan "Asean Way" (Cara Asean), kata Nardi, yang telah berkhidmat dengan pertubuhan hak asasi di rantau dan menjadi penasihat hak asasi wanita pertubuhan bukan kerajaan di Afrika Timur.

Begitupun, katanya membandingkan AHRB dengan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah adalah tidak adil kerana Eropah mempunyai demokrasi liberal eksklusif.

"Namun, jika kita melihat negara-negara membangun yang lain, Asean masih perlu banyak mempelajari mengenai pengwujudan badan hak asasi manusia yang efektif, dan dari semua tempat itu - Afrika," katanya, sementara mengakui ia belum lagi sempurna.

Menurut Nardi, daripada sejarah Afrika mempunyai lebih banyak pemimpin diktator, kerajaan yang digeruni, lebih banyak pembunuhan kaum dan keseluruhannya masalah hak asasi manusia berbanding Asean.

Di sebalik cabaran berkenaan, Kesatuan Afrika telah membangunkan sistem hak asasi manusia yang maju dan ia bukan hanya sekadar wujud di atas kertas tetapi memiliki kuasa iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Rakyat Afrika yang mempunyai 11 anggota.

"Kesatuan Afrika sedang mewujudkan Mahkamah Keadilan dan Hak Asasi Manusia lebih padu bagi mendengar kes-kes hak asasi manusia. Menurut badan pemikir Amerika, Freedom House, rakyat Africa secara keseluruhannya menikmati kebebasan sivil dan politik berbanding penduduk Asia Tenggara," menurut Nardi. BERNAMA

ADS