Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.

Mereka juga turut mendesak exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.

cow protest to selangor suk 280909 placards Penternak terbabit mendakwa, kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram, telah mengorbankan ternakan mereka.

Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim memberitahu pemberita bahawa dua ladang ternakan dihempap runtuhan sampah di situ, yang mengakibatkan 10 ekor lembu tertimbus.

Salah sebuah ladang tersebut mempunyai lesen manakala yang satu lagi terletak di kawasan simpanan TNB. Bagaimanapun, Samad berkata, tiada sebab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak membantu mereka.

"Kami merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Selangor, tetapi mengapa mereka tidak berbuat sesuatu untuk membantu kami? Kami juga pelabur," katanya.

Rabu lalu, usaha untuk memadamkan kebakaran di kawasan buangan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Ulu Yam itu mengakibatkan sebahagian longgokan sampah runtuh, dan menimbus ternakan dan mencederakan seorang pekerja rakyat Bangladesh.

Bertan-tan sampah, tanah dan air runtuh dari ketinggian 40 meter dan menghempap dua ladang ternakan tersebut pada jam 8.30 malam Rabu lalu, mengakibatkan lembu dan kambing mati lemas.

Tiga minggu lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menggali parit di situ untuk mengisinya dengan air dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku sejak lima bulan lalu.

Samad berkata, bangkai ternakan masih tertimbus sampah kerana tiada pihak yang mahu membersihkannya.

cow protest to selangor suk 280909 05 Beliau bimbang keadaan itu boleh mengakibatkan berlakunya wabak penyakit di kalangan ternakan yang masih hidup, mengakibatkan lebih banyak yang akan mati.

Bagaimanapun, keadaan reda apabila setiausaha politik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul dari bangunan SUK dan berkata Yaakob bersetuju untuk menemui pemimpin persatuan itu yang mewakili peserta bantahan lain.

Baca berita penuh

ADS