Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi penulis blog politik disiasat isu logo anjing

kemaskini 7.35pm Seorang penulis blog politik yang sering mengecam kerajaan hari ini disiasat lebih dua jam atas kesalahan menghasut selepas menerbitkan logo polis berkepala anjing.

Bernard Khoo disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung coretan di blognya Zorro-Unmasked pada 8 Ogos tahun lalu.

Beliau disiasat mulai jam 3.15 petang ini oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Persekutuan di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

Khoo ditemani peguam Haris Ibrahim, yang juga penulis blog popular People's Parliament , dan Ashok Kandaiah dalam siasatan yang berakhir kira-kira jam 5.40 petang.

Siasatan itu berhubung coretannya yang mengulas siasatan polis terhadap Abu Bakar Mohd Rashid, penulis blog popular Penarik Beca yang memuatkan logo yang sama.

Di lambang pasukan polis yang telah diubahsuai itu, imej muka harimau digantikan dengan "muka anjing yang sedang menyalak", perkataan Allah digantikan dengan "simbol wang", perkataan Muhammad (dengan perkataan bahan letupan 'C4') dan lambang di puncak mahkota (simbol Zionisme).

Abu Bakar ditahan reman selama dua hari kerana memaparkan imej tersebut dalam artikelnya bertajuk 'Kenapa tidak usik Raja Petra' pada 14 Julai 2008.

Selepas dibebaskan, beliau menyatakan kesal dengan tindakannya itu dan memohon maaf kepada pasukan polis.

Dalam coretannya membantah tindakan polis itu, Khoo turut mengutuk siasatan ke atas Abu Bakar.

"Kami telah dimaklumkan daripada sumber sangat dipercayai... bahawa polis sangat marah kerana harimau mereka kini hilang," kata Khoo dalam artikel 'Childish police bullying again' dengan nada sinis.

ADS