Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Mohd Asri: Shahidan buat laporan polis
Diterbitkan:  Nov 4, 2009 7:32 PM
Dikemaskini: 11:34 AM

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membuat laporan polis berhubung memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan kenyataan seorang pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berhubung isu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Shahidan membuat laporan itu di Balai Polis Kangar.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang itu mendakwa memorandum PGSM kepada Yang di-Pertuan Agong itu telah menjejaskan nama baik Perlis.

Memorandum bertarikh 12 Oktober itu antara lain menyebut pendekatan ekstrem Dr Mohd Asri telah mengudang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam seluruh negara khususnya di Perlis dan menjadi punca kepada beberapa kejadian pergaduhan.

Penolong Pengarah ILIM, Zamihan Mat Zain Al Ghari dalam kenyataannya pula mendakwa Dr Mohd Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah daripada Universiti Jordan.

Shahidan berkata, beliau membuat laporan itu kerana pelantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis dilakukan ketika beliau menjadi menteri besar Perlis. Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS