• Asri sedia sertai politik jika dihalang ceramah...
  • 1257758591
  • Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

    Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

    "Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya.

    NONEBeliau memberitahu pemberita demikian selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu hari ini.

    Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu.

    Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

    Asri turut menafikan bahawa pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik.

    Sebaliknya, kata beliau, ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama
    • Asri-PGSM siapa mungkir janji?
    • Jais, jangan berfikiran sempit: Dr Asri
    • Asri: PGSM janji tarik tuduhan
    • Damai: Asri tidak jadi saman PGSM
    • Tauliah cabul hak bersuara, kata Asri
    • 'Jais halang sejak saya mufti lagi'
    • Isu Mohd Asri: Shahidan buat laporan polis
    • Pegawai Jakim salahkan Utusan isu ijazah palsu
    • JIM setuju Dr Asri diberi tauliah
    • 'Adakan muzakarah bincang isu Asri'
    • Jais diminta hadir mesyuarat exco, jelas isu tahan Dr Asri
    • Shahidan mahu Asri tolak ketuai Yadim
    • Nakhaie nafi bantah Dr Asri
    • Jais: Dr Asri akan segera didakwa
    • PM pertikai motif Dr Asri ditahan
    • Pemuda PAS ingin jumpa Jais
    • Jika semua pintu tertutup
    • Kunjungi Nik Aziz