Penyokong Hindraf mogok lapar di KLCC
Andrew Ong
Nov 25, 09
11:00am
Berpuluh penyokong Hindraf berhimpun di KLCC pagi ini untuk menyertai mogok lapar bagi mengingati ulangtahun kedua perhimpunan raksasa 25 November.

Dengan diketuai oleh aktivis Hindraf S Jayathas, mereka tiba di pintu masuk KLCC pada kira-kira jam 9.10 pagi. Enam belas orang daripada mereka memakai baju-T Hindraf berwarna oren. Kebanyakan mereka turut memakai lencana anti-ISA.

NONEMereka merancang untuk mengadakan mogok lapar selama 18 jam sehingga 4 petang selaras dengan tuntutan 18 perkara kepada kerajaan bagi menangani masalah masyarakat India di negara ini.

"Tuntutan 18 perkara itu bertujuan untuk menangani masalah kemiskinan tegar di kalangan masyarakat India di Malaysia.

"Tidak ada panduan dan peluang bagi masyarakat India, maka ramai yang terbabit dalam jenayah. Kerajaan tahu mengenai masalah itu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan," kata Jayathas.

Kira-kira 24 orang anggota polis kelihatan memantau keadan

Manakala pihak pengurusan KLCC telah meminta kumpulan tersebut supaya tidak duduk kaki lima kerana ia menganggu perniagaan di situ.

Baca berita penuh
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner