TNB minta penjelasan isu senapang meletup
Dis 2, 09 11:25am
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meminta syarikat kawalan keselamatan terbabit memberi keterangan susulan kejadian senjata api pengawal meletup mengakibatkan dua kanak-kanak cedera di sebuah Kedai Tenaga Bedford milik agensi itu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan TNB malam ini, tindakan sewajarnya juga akan diambil ke atas syarikat tersebut.

"Kami telah mengarahkan kakitangan kami untuk berada di hospital bagi memberikan apa jua kemudahan yang diperlukan mangsa," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang, dua kanak-kanak berusia 12 tahun cedera parah di kaki kanan akibat terkena serpihan peluru daripada selaras senapang patah milik seorang pengawal keselamatan yang terjatuh dan meletup.

Ahmad Faiz Roslan, 12, dilaporkan cedera teruk di ibu jari kanan manakala sepupunya Muhamad Faris Abdullah, 12, cedera di tapak kaki kanan.

Ketika kejadian, dua kanak-kanak itu sedang duduk di ruang menunggu sementara ibu Muhamad Faris menjelaskan bil di kaunter pembayaran. BERNAMA



 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner